Pages

22 Petanda Lelaki "GENTLEMEN"

bila bercakap pasal lelaki gentlemen sume pmpn mesti suke & nak kan lelaki bersifat mcm tu

tp tahukah korang sifat seorang lelaki yg GENTLEMEN  tu mcm mane???

kalo korg nak tawu leh la bace kt bawah neh erk???

mana tawu sifat-sifat sume tu ada pada pasangan anda

1.  Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, jauh sekali membebel.  Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.

2.  Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja.  Tapi lelaki yang GENTLEMEN  tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus-terang.  Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda.  Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon.  Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.

3.  Anda bersamanye, di sebuah restoran dan terjadi satu salah faham di mana lain hidangan yang dipesan, lain pula yang dihantar.  Namun dia bukanlah orangnya yang suka membebel, menjerit-jerit dan memaki-hamun.

4.  Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi lampu tinggi mengajak si dia berlumba, dia tetap tenang.  Provokosi?  Maaf, lelaki GENTLEMEN tidak berminat untuk melayan.

5.  Jejaka GENTLEMEN jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai.  Baginya, kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.

6.  Lelaki GENTLEMEN tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.

7.  Ketika hujan lebat si dia sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat berbumbung.  Dia tidak mahu anda terkena hujan.  Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda.

8.  Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda.  Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua.

9.  Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah.  Jauh sekali bercakap berdegar-degar seolah-olah dialah lelaki paling hebat.

10.  Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

11.  Lelaki GENTLEMEN  tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu.  Mereka juga tidak akan meludah  merata-rata.  Lelaki GENTLEMEN juga tidak akan sesekali melara-laras alat sulitnya di khalayak ramai.

12.  Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja.   Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman.  Sebaliknya dia dengan tenang menyingsing lengan baju dan membasuh setakat yang termampu.

13.  Anda kelam kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja.  Butang kemeja bajunya tercabut.  Dia terus mencapai benang dan mencari jarum.  Dia akan menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan daripada anda.

14.  Jika ada tompokan darah haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter sebaliknya dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.

15.  Lelaki GENTLEMEN mesti menggosok giginya sekurang-kurangnya dua kali sehari.  

16.  Seorang lelaki GENTLEMEN sanggup berada di dalam tandas dalam tempoh masa yang lama jikalau dia gagal mengepam selepas beruurusan di mangkuk tandas.  Dia akan memastikan tiada kesan ditinggalkan sehingga membuatkan insan lain terseksa.

17.  Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu.

18.  Walaupun hanya sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum air dengan meneguknya terus dari botol minumannya.  Dia akan mencari gelas dan menuangkannya untuk minum.

19.  Lelaki GENTLEMEN tak perlu diajar kerana mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula masa wanita harus dipujuk.

20.  Lelaki GENTLEMEN jika terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah.  Dia tetap tenang.

21.  Kalau anda meminta dia membayar bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah gelapkan duit bakinya.  Sebaiknya dia akan menyerah setiap sen kepada anda.

22.  Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda.


persoalannya sekarang..adakah pasangan anda mempunyai sifat-sifat diatas????

kalo tny pendapat ktorang tak sume orang perfect

so mesti la setiap orang ada kekurangan & kelemahan masing-masing

kalo kt sayangkan seseorang kt mesti leh time kelemahan pasangan kt

to MZH:

i time u seadanya..huhu







sumber:  Mingguan Wanita

created by
- MZH & NA-

No comments:

Post a Comment

Klu nk tawu lebih lanjut...korang click & bace la iklan nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...