Pages

Adi Putra & Nora Danish dalam Tentang Dhia slot akasia tv3

assalammualaikum sume
macam yg ramai da tawu semalam berakhir la drama Soffiya kt tv3 tu 
memg heppy ending btol la cite tu kan
mesti korg ramai yg suke kan???






cite neh NA tak sempat la nk update
agak kebusy an cikit la
so disebabkan cite neh da abis so mesti la ada cite baru yg gantikan
cite neh mcm menarik gak la NA tgk
pelakon2 yg terlibat pon memg femes
confirm la NA akan tgk kan





cite kt atas tu yg akan gantikan drama soffiya
cantek btol nora danish neh pakai tudung kan?? 

serba sikit sinopsis pasal drama neh:


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya dalam drama Tentang Dhia yang akan bersiaran sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 9 November ini.

*sumber daripada berita harian*

*hero & heroin Tentang Dhia*


bace sinopsis pon da mcm best jew kan cite neh
rase tak sabar plak nk tgk drama neh


ramai yg cakap cite neh adaptasi daripada novel nukilan syud mcm korg tgk kt atas tu
tp daripada apa yg NA tawu cite neh BUKAN adaptasi daripada novel tersebut
nama asal drama neh ialah "Zikir Buat Dhia" tetapi ditukar jadi "Tentang Dhia"
pasal ape tukar NA tak tawu la
dan pasal adaptasi daripada novel pon NA tak bape sure
sume info NA dapat daripada internet sb tu susah nk diconfirmkan
banyak sangat fakta2 yg tak tawu kesahihannye
if korg tawu share2 la kt sni k

jumpe lg......daaaaaaaaaaaa

created by
-NA-

No comments:

Post a Comment

Klu nk tawu lebih lanjut...korang click & bace la iklan nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...