Pages

Pre-konvo

assalammualaikum
Apa khabar org2 dluar sane..cewah!!!!huhu
lame rasenye tak update blog neh..entry bulan neh pon tak byk
NA plak sebulan neh tak de kt umah
so nk on9 pon memang terbatas sikit

last week merupakan hari yang paling NA tunggu-tunggu
hari apa tu????
mestilah majlis konvokesyen NA
disebabkan NA sebulan ada kt Melaka..terpaksa la NA amik cuti tok amik jubah
actually konvo ari sabtu lepas tp 2 ari before tu da kena jubah
lepas amik jubah tu memang NA plan nk kuar ngn classmate NA dlu
rehearsal pon ktorg tak g..malas nye pasal kan







lepas amik jubah tu sesi bergambar la dlu
seronok sebab nye jumpa ramai member2 lama dlu
 lagi-lagi classmate NA masa diploma dlu
ramai yg sambung degree dapat kampus len so terpisah la kami..huhu


lepas da puas bergambar ktorg tros gerak g the curve & ikea
classmate NA neh nk makan meatballs..so ktorang pon layankan jew la
mase tengah cari tempat nk dok makan tu tetiba salahsorg dari ktorg ternampak qi
ala pengacara jalan-jalan cari makan tu
die tengah makan ngn sorg perempuan neh..yg penting bukan yuna..huhu
tp disebabkan perempuan tersebut membelakangkan ktorg so tak nampak la sape pmpn tu


mesti korg kenal kan perempuan tersebut
die kan penah berlakon dalam cite vanila coklat
tgk dalam tv mcm berisi jew..tp ble jumpa depan-depan kurus la sangat
lupe plak nk ckp actually ktorang makan kt sebelah meja dorang jew..huhu
 lepas makan tu jalan-jalan jap kt ikea
so layan jew la erk gmbr-gmbr kt sana



da puas berjalan kt sane ktorang gerak g shah alam balik
nak amik gmbr pre konvo kt dataran
so layan lg erk gmbr kami..huhu







bersambung nati erk..gmbr konvo plk..huhu

created by
-MZH & NA-

Rahsia Bulan Kelahiran


> JANUARI <
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi

>FEBRUARI<
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi

>MAC<
Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

>APRIL<
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu

>MEI<
Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

>JUN<
Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Seorang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

>JULAI<
Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

>OGOS<
Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

>SEPTEMBER<
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik

>OKTOBER<
Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Seorang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat

>NOVEMBER<
Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

>DISEMBER<
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Created by,
-MZH & NA-

22 Petanda Lelaki "GENTLEMEN"

bila bercakap pasal lelaki gentlemen sume pmpn mesti suke & nak kan lelaki bersifat mcm tu

tp tahukah korang sifat seorang lelaki yg GENTLEMEN  tu mcm mane???

kalo korg nak tawu leh la bace kt bawah neh erk???

mana tawu sifat-sifat sume tu ada pada pasangan anda

1.  Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, jauh sekali membebel.  Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.

2.  Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja.  Tapi lelaki yang GENTLEMEN  tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus-terang.  Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda.  Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon.  Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.

3.  Anda bersamanye, di sebuah restoran dan terjadi satu salah faham di mana lain hidangan yang dipesan, lain pula yang dihantar.  Namun dia bukanlah orangnya yang suka membebel, menjerit-jerit dan memaki-hamun.

4.  Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi lampu tinggi mengajak si dia berlumba, dia tetap tenang.  Provokosi?  Maaf, lelaki GENTLEMEN tidak berminat untuk melayan.

5.  Jejaka GENTLEMEN jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai.  Baginya, kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.

6.  Lelaki GENTLEMEN tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.

7.  Ketika hujan lebat si dia sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat berbumbung.  Dia tidak mahu anda terkena hujan.  Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda.

8.  Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda.  Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua.

9.  Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah.  Jauh sekali bercakap berdegar-degar seolah-olah dialah lelaki paling hebat.

10.  Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

11.  Lelaki GENTLEMEN  tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu.  Mereka juga tidak akan meludah  merata-rata.  Lelaki GENTLEMEN juga tidak akan sesekali melara-laras alat sulitnya di khalayak ramai.

12.  Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja.   Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman.  Sebaliknya dia dengan tenang menyingsing lengan baju dan membasuh setakat yang termampu.

13.  Anda kelam kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja.  Butang kemeja bajunya tercabut.  Dia terus mencapai benang dan mencari jarum.  Dia akan menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan daripada anda.

14.  Jika ada tompokan darah haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter sebaliknya dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.

15.  Lelaki GENTLEMEN mesti menggosok giginya sekurang-kurangnya dua kali sehari.  

16.  Seorang lelaki GENTLEMEN sanggup berada di dalam tandas dalam tempoh masa yang lama jikalau dia gagal mengepam selepas beruurusan di mangkuk tandas.  Dia akan memastikan tiada kesan ditinggalkan sehingga membuatkan insan lain terseksa.

17.  Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu.

18.  Walaupun hanya sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum air dengan meneguknya terus dari botol minumannya.  Dia akan mencari gelas dan menuangkannya untuk minum.

19.  Lelaki GENTLEMEN tak perlu diajar kerana mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula masa wanita harus dipujuk.

20.  Lelaki GENTLEMEN jika terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah.  Dia tetap tenang.

21.  Kalau anda meminta dia membayar bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah gelapkan duit bakinya.  Sebaiknya dia akan menyerah setiap sen kepada anda.

22.  Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda.


persoalannya sekarang..adakah pasangan anda mempunyai sifat-sifat diatas????

kalo tny pendapat ktorang tak sume orang perfect

so mesti la setiap orang ada kekurangan & kelemahan masing-masing

kalo kt sayangkan seseorang kt mesti leh time kelemahan pasangan kt

to MZH:

i time u seadanya..huhu







sumber:  Mingguan Wanita

created by
- MZH & NA-

Astrid VS Suki


mesti korang da bosan kan asyik2 ktorg story pasal Vanila Coklat
tapi tak kisah la ape korang nk cakap
nk gak story pasal tu
actually NA bukan la tgk sangat pon cite tu
MZH la minat sangat ngn drama tu
every week memang MZH takkan mis NA plak selalu sangat mis..tak tawu la nape
disebabkan tak selalu tgk cite tu so lagu tema dorg tu NA tak pasan la sangat
baru-baru neh terdengar la lagu Astrid Tentang Rasa neh kt radio
tetibe NA rasa suke plak..tp tak tawu pon lagu tu ada kt Vanila Coklat
sangat tak up to date kan NA neh..hahaha
padahal MZH ada la ckp pasal lagu neh kt NA tp NA jew tak alert
and skang neh NA suke plak lagu tu
kalo g mane-mane mesti ada jew dgr org buat lagu tu as a ringtone fon dorang
famous btolkan lagu tu
bagi peminat-peminat lagu tu leh la layan video klip kt bawah neh erk




selain daripada lagu Astrid tu
NA suke plak dengar lagu suki
tak de la minat sangat pon ngn suki neh
tp lagu die best plak bile dengar lama-lama
dulu senyap jew tetibe kuar single baru plak
layan la erk video klip suki neh erk




created by
- MZH & NA -

3 hari 2 malam di Pulau Redang



Taraaa ......

Hye sume, apa khabar... da lame rase nye x menulis blog kn...hehe
sibuk sgt la...smpi xda masa nk mengedit blog nie....so hari ni, nk kongsi citer skit la kt korang sume...
ujung bulan April hari tu.. MZH & bdk2 office g bercuti kt Terengganu a.k.a Pulau Redang...
Boleh tahan cun & cantik gk la kt sane...xnyesal nye bile sampai...





sbenarnye ramai lg yg join...tp ade gmbr x dpt lg la...
x sbr nk tnggu....so upload je la ape yg ade kn...hahaha.....



time ni kte org sume g naik bas, gerak mlm jumaat smpi subuh esk nye..hehe...
dr kL nk ke Jeti Terengganu amek masa dlm 6 jam la.... stelah + berhenti g toilet / mkn.....
naik skt pinggang ni.... tp,nk g bercuti nye psl...
x pkir sume tu da...yg pntg slmat smpi & slmt balik da la kn......



Be4 kte nk g Pulau Redang tu, kte akn naik Ferry kt Jeti dr Dataran Shah Bandar ke Pulau Redang..
amek masa dlm 1 jam 20 minit.
kpd sesiapa yg mabuk laut ni...sile2 la bwk plastic lebih erk...
jom kte layan dlu gmbar kt sane .......


jeng jeng....
smpi je sane...terus g lunch & cek in bilik kt Redang Bay...duk rehat2 jap....
lps tu g shoot2 gmbr yg cntk....hahaha......




Selain dr aktiviti bersantai kt tepi pantai....korang juga leh wt aktiviti snorkeling...
pergh...blik dr snorkeling tu...korang tgk la wajah baru di muka erk...hahaha
mcm MZH skrg pn da glp...ish4....

MZH bercuti kt sini...lbh krg dlm 3 hari 2 mlm la....
tp rase nye,mcm x puas lak bile da blik...hahaha....
jom..lyn aktiviti MZH kt sane..??


sempat bergmbr dlu...be4 g snorkeling.....




Pergh....cute2 sume ikan ni kn...
time ni kte org tgh bg ikn mkn...da msk tgh hari...time lunch..kite org yg bg mkn ikn...hahaha
amacam..best x...

seronok la bile dpt snorkeling nie....kt 3jam kot g snorkeling....
1 jam kt marine park, 1 jam lg kt pulau Lima..org tu la bg name...
1 jam lg...kt tepi2 laut...hahaha...


ni la rupa kami lps abis snorkeling....
sume muka penat je kn...hahaha

ape...x cukup lg ke gmbr time snorkeling tu....
korang nk lg erk...boleh2...xde hal la.....jom view....hahaha









begitu la alkisah nye tntg snorkeling di sane...
ade citer ke...pd hal gmbr je lebih..hahahaha
snggh indah ciptaan nye.....tgk la laut kt sane...
sume bersih & jernih je air.....

mcm ne..korang enjoy x dgn gmbr2 kt ats nie...
boleh la kn......ckup la stakat nie je citer kt Pulau Redang...
klu nk tawu lbh lanjut...korang try la g sane
confirm best nye....rase nk g lg je....
jeng2...agk2 dgn sape la tu....





next time klu ade percutian yg menarik lg...
kami akn update lg erk....
daa.....

Created by,
-MZH-





Aeon Member Day on 9 & 10 May




hello sume!!!!
bagi pemegang aeon member card mesti korg tertunggu-tunggu ble aeon member day kan
so ktorg nk bagi tawu neh
minggu depan ada 2 tempat yang akan wt aeon member day
nk tawu ktne???
sila lihat bawah ini dengan TELITI ok????





DATE:     9 MAY 2012
TIME:      9:00 A.M - 11:00 P.M.
VENUE:  AEON  BUKIT TINGGI




DATE:     10 MAY 2012
TIME:      9:00 A.M - 11:00 P.M
VENUE:  AEON WANGSA MAJU

marilah kt beramai-ramai menghabiskan dwet yg ada..huhu


created by
- MZH & NA -

kekal langsing bagai Ziana Zain

semalam ktorang beli Majalah RAPI
tengah bace tu ktorang terjumpa 1 info yg berguna tok sume orang
ktorang nk share la info tu ngn korang sume


sume orang kalo tengok or sebut pasal Ziana Zian mesti kagum ngn beliau kan
even umur da 40+ tapi still maintain slim, cantik and meletup..huhu
NA pon memang kagum la ngn beliau neh
memang jadi inspirasi bile da kawen nk badan mcm Ziana Zain..hehe
so kat sini ktorang nk share tips mudah untuk kekal langsing seperti Ziana Zain

1.  Elakkan menyekat diri daripada menikmati hidangan-hidangan utama setiap hari.

2.  Tidak salah sekiranya anda memilih untuk cuba mengamalkan suplemen atau pil yang boleh membantu menyerap lemak makanan yang diambil.

3.  Senaman juga penting dalam mengekalkan kesihatan dan stamina badan

4.  Catat jumlah kalori yang anda ambil.  Ini membantu anda memantau dan menilai sendiri apakah makanan yang perlu dikurangkan atau ditambah dalam hidangan harian anda.

5.  Tetapkan jumlah berat badan yang ingin dikurangkan secara sederhana mengikut kemampuan anda.

6.  Sentiasalah berfikiran positif sepanjang usaha anda ingin menurunkan berat badan.

7.  Kini terdapat banyak makanan yang dijual dengan label bebas lemak.  Berhati-hatilah kerana biasanya gula dijadikan penganti lemak tersebut.

8.  Amalan memakan makanan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil adalah sangat baik diikuti.

9.  Timbanglah berat badan anda sekali setiap minggu.

10.  Tidur yang cukup iaitu tujuh hingga lapan jam.


kalo korang nk tawu lagi byk info pasal kesihatan 
bleh la dapatkan Majalah RAPI yang cover story die pasal Intan Ladyana

Sumber:  Majalah RAPI

Created by
- MZH & NA -

MAKSUD PEMBERIAN/ HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN


✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,.. 
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,


✔ GELANG → Tanda mesra


✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,

✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/ prihatin,

✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,



✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi

✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,

✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan


✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,

✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,

✔ COKLAT → Semanis cintamu

✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan

✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat






✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun
(melainkan kalau handphone itu ditutup)







Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah. 
♥ ♥ MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² khlas mencintai kamu..  :))

Klu nk tawu lebih lanjut...korang click & bace la iklan nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...