salam ramadhan ke 19 sume,
sempena hari raya yg bakal menjelang neh NA & MZH ada berita baik tuk anda sume terutama sekali pada korg yg nak balik kampung..nk tawu ape sile bace kt bawah neh k
Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan diskaun dan rebat tol di antara lima hingga 37.5 peratus kepada pengguna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sempena menyambut hari kemerdekaan pada 30 dan 31 Ogos ini. Tawaran diskaun tersebut boleh dinikmati pengguna bermula 24 Ogos nanti apabila ada di antara lebuh raya berkenaan akan menggunakan kadar murah itu bermula tarikh tersebut.
Bagi pengguna2 Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (Latar) masih boleh menggunakan laluan berkenaan secara percuma apabila pihak pengurusan lebuh raya itu bersetuju untuk melanjutkan tawaran tersebut sehingga 31 Ogos ini. Selain daripada tu Lebuh Raya Timur Fasa 2 akan dibuka sebahagian pada 22 Ogos ini yang melibatkan tiga laluan bg mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Antara 5 lebuhraya2 yg paling awal bagi diskaun mulai Khamis ini adalah:
1)Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
2)Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3)Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
4)Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
5)Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
19 lebuhraya2 yang lain adalah:
1) Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
2)Lebuh Raya Pantai Timur Fasa I (LPT I)
3)Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
4)Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
5)Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)
6)Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
7)Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
8)Lebuh Raya SMART
9)Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
10)Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
11)Lebuh Raya Shah Alam Kuang (GUTHRIE)
12)Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
13)Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE)
14)Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA)
15)Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
16)Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)
17)Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
18)Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
19)Lebuh Raya KL-Kuala Selangor(LATAR)
Bagi memastikan aliran trafik lancar, semua kerja pembinaan di jalan dan lebuh raya dihentikan sementara, dan rondaan 24 jam sehari akan dibuat di sepanjang lebuhraya. Semua kenderaan yang membawa muatan berat bukan bekalan keperluan harian dilarang menggunakan lebuh raya di seluruh negara berkuat kuasa 27 dan 28 Ogos serta pada 3 dan 4 September depan sempena sambutan Aidilfitri 2011.
Bagi pengguna LDP, pada 31 Ogos ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran mulai jam 12 tengah malam sehingga 11.59 tengahari
p/s: sumber daripada Kosmo & Berita Harian.
created by
-MZH & NA-
No comments:
Post a Comment