disebabkan arineh MZH kebetulan cuti so ktorg decide g tgk kongsi..rmi plak yg ckp best...ad plak ckp tak best..tp ble da tgk sndri ktorg bagi 3 1/2 bintang tok filem tu..tak de la tak best sgt n tak de la best sgt pon..bese2 jew..so pade korg2 yg da tgk tu leh la share pendapat korg erk??
ktorg tgk wayang neh kt MBO ampang jew..gle dekat kan..hahahaha.malas plak rasenye nk g jaoh2..memandangkan ktorg memg nk balik awal..b4 org balik keje..kalo tak alamatnye memg sangkut jem la..entry neh tak de gmbr la..ktorg tak sempat ambik..lgpon NA tak bape sihat nati korg pengsan plak tgk muke pucat NA..hahaha..
Filem ni agk sempoi skit... Byk action2 yg menarik, kpd peminat Shaheizy Sam ni dia mmg lyk la dpt plakon terbaik utk thn ni.. blakon agk sius je...muka gns la bro..??hahaha...lakonan yana samsudin, fizo, n putri mardiana plak bese2 jew.. Ape2 pn citer nie ok la, wlu pn x bpe phm sgt.... Jom Ktorg story skit tntg citer ni erk... leh...??
Sipnosis dia mcm nie :-
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
created by
-MZH & NA-
created by
-MZH & NA-
No comments:
Post a Comment