Pages

Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

MZH dgr je psl skim ni mmg terkejut la kejap kn...x sangka kn ade plan mcm ni...bgs la utk golongan remaja mcm MZH ni kn...ceh poyo je...hahaha..... Tp mslh nye skrg... nk pilih kt area mane yg dkt2 dgn tmpt keje erk.. MZH keje kt sekitar KL....ntah la....

Ciri2 & Faedah yg utama utk pembelian rumah pertama... Ciri2 ni bergantung kpd kemampuan masing2 erk.
  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja
Kriteria Kelayakan( Peminjam/Pelanggan Yang Layak )
  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
 Keperluan Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan.  Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan. 
Contoh kiraan :
  • Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000 
  • 1/3 daripada RM3,000 = RM1,000    
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.
 
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam. Tempoh maksimum pembiayaan ialah 30 tahun, tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat. Peminjam/pelanggan mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank-bank yang terlibat.
 
created by,
-MZH-

    No comments:

    Post a Comment

    Klu nk tawu lebih lanjut...korang click & bace la iklan nie..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...