Pages

Jana pendapatan dengan menulis Blog

Sekiranya anda mendaftar dengan nuffnang, anda berpeluang utk menjana pendapatan sampingan melalui ruang iklan yg akan disewa oleh nuffnang. Setiap kali ada org mengunjungi blog anda, nuffnang akan membayar wang saguhati kepada anda. Lebih ramai pengunjung, maka lebih banyak wang anda peroleh.

Disebabkan itulah, anda digalakkan melakukan sesuatu bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Misalnya, anjurkan pertandingan kpd pengunjung utk menarik mereka membuka blog anda sepanjang masa. Contoh : Anda ada blog menjual pakaian bayi. Anjurkan pertandingan bayi tercomel dengan senyuman paling menarik. Pengunjung akan e-mel gmbr bayi mereka dan anda masukkan gambar peserta kemudian anda sendiri yg menjadi jurinya. Hadiah.?Berikan sahaja produk jualan anda kepada pemenang. Hasilnya, anda mendapat manfaat daripada Nuffnang.

Nuffnang biasenya akan menempelkan iklan klien mereka di blog yg ramai pengunjung. Nuffnang mengiklankan iklan kliennye dan anda pada masa sama mendapat habuan pada iklan tersebut. Menarik Bukan?

Ada 3 kategori blog secara terperinci iaitu blog perniagaan, blog maklumat dan blog peribadi.

Ada individu yg menjadikan blog sebagai diari mereka, Blog sebegini dianggap sebagai blog peribadi seolah-olah diari yg dahulunya ditulis dalam buku comel sebagai tatapan diri.

Blog ini boleh dianggap istimewa kerana menceritakan perihal kehidupan yg boleh menarik ramai pembaca utk mengetahui perjalanan kehidupan seharian anda. Apatah lagi jika anda ada ramai peminat dan pengikut. Misalnya anda seorang guru yg diminati di Sekolah. Blog anda boleh menarik ramai pembaca dalam kalangan pelajar anda mahupun guru-guru yg lebih junior utk mengetahui cara anda mengajar dalam kelas.

Kini, hanya dengan menulis Blog, anda boleh menjana pendapatan tanpa perlu menjual sebarang produk. Caranya adalah dengan mendaftar dalam laman sesawang Nuffnang.

Created by,
-MZH & NA-

No comments:

Post a Comment

Klu nk tawu lebih lanjut...korang click & bace la iklan nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...